Monday, 16 September 2013

New Chapter

Assalamualaikum...

Malas mo update sebenarnya... ngee... tp macam da bersawang kan blog nie. Jadi marilah kita mengupdate k. Banyak benda-benda berlaku dalam bulan september nie dalam lembaran hidup cik jue, ceh ! marilah kita start cerita one by one k. 

2 September 2013 bersamaan dengan hari isnin. Hari nie kiranya da genap 2 week  1 day cik jue bertukar position. Cik jue sebelum nie kerja as kerani JKKR Gabungan FELDA Kawasan Sabah je... hari tue bulan mei x silap, cik jue join interview pembantu tadbir FELDA juga. Alhamdullilah dapat offer letter awal bulan ogos. Bersyukur sangat la kiranya.. coz kerja sebelum nie position dia juz sementara. Da dpt kerja kontrak nie ok la kan. Genap setahun akan jd permenant jgk. Alhamdullilah... dapat juga bantu family kan. 2 matlamat utama.

Secondly, sempena hari raya aidilfitri hari tue. FELDA Wilayah Sahabat adakan majlis jamuan hari raya yg wajib dibuat pada setiap tahun di perkarangan kediaman Pengurus Besar Wilayah. Majlis tue alhamdulilah berjalan dengan lancarnya. Ini kali ke2 cik jue join hari raya FELDA tau coz sebelum nie time praktikum di FELDA Wilayah Sahabat tahun lepas pun cik jue sempat juga join majlis nie... Kiranya not bad lah da ada pengalaman sikit-sikit kan. ngee





Tema oren k.. ikut warna FELDA le..


And then... yang terakhir baru ja berlaku semalam,14 - 16 september 2013. Hari Keluarga Petugas FELDA Sahabat 2013. Mengantuk sangat nie, xsabar tunggu jam 1 boleh la kita melelepkan mata sekejap kan. Program di buat di KK. Menginap di Grand Borneo Hotel, Hotel milik FELDA la katakan. Sukaneka di buat di Pantai ODEC, UMS. Akhirnya dapat juga cik jue menjejakkan kaki ke UMS kan. Tetiba rindu dengan UUM kan. Best la berjalan jauh, da lama tak jalan jauh. Seronok tengok pemandangan yang indah-indah nie.












kbai....

Sunday, 11 August 2013

Aunty Leya Da Besar Da

Assalamualaikum...


Disebabkan mood raya masih mari..cik jue nak ucapkan selamat hari raya , mf zahir batin.. mood cuti masih adalah, tapi apakan daya cuti cik jue x lepas. kunun2 xda orang2 sumber 12 , 13hb nie. so, saya la jadi harapan kan. hebatkan ( mata ke atas ). Tak pe2, ioulls ikhlas ja bekerja. suka duk office time2 raya nie. yeke? 



Raya nie da masuk tahun kedua cik jue pergi rumah bakal ehem2.. tu pun coz dia balik raya. Kalau tak takdanya cik jue g sana. Teketar2 lutut chek. haha . Bila da menghadapi suma nie baru terasa da dewasa rupanya aku nie. Da ada hubungan yang serius la kata kan. Tapi cik jue memang serius pun berkawan dengan Encik Iker 2 ( bukan nama sebenar ). Da masuk 6 tahun. Pahit getir dilalui bersama cewah. Jiwang tak i nie.



Masa mula2 kenal dulu cik jue minta dipanggil leya. Please, call me leya. haha. Zaman kanak2 ja rasanya time kenal dlu tue. Tapi nama 2 nampaknya masih melekat dimulut family Encik Iker. Bila dipanggil leya ke, kak leya mahupun aunty leya. Cik jue kadang tak sedar upanya aku ke dibawa bercakap nie. Tak biasa ioulls dengan nama 2. haha.



Nak dijadikan cerita, hubungan ini nak masuk ke hubungan yang lagi serius. eemm.. Saya da besar la.........xsedar da 24 tahun. Permudahkan lah perjalanan ini Ya Allah...amin. 

KBAI

Wednesday, 17 July 2013

Ramadhan Datang Lagi

Hari nie da genap 9 hari umat islam menyambut bulan yang penuh keberkatan nie. Baru terasa gatal tangan nak menaip tuk blog yang baru ditubuhkan nie. cewah! Tue pun coz para pegawai takda di office ok. Kalau tak, jangan haraplah ditambahkan lagi jiwa aku yang masih lagi tak serasi tuk tulis2 blog nie. kehkehkeh. Tp, syok jugak kan kalau dapat melepaskan rasa hati yang gundah-gelana ke, putus cinta ke, stress ke. bet0l tidak! bet0l la 2.
0k . Alhamdullilah, puasa kali ini aku dapat jalani bersama-sama keluarga kecik aku. Adik aku yang study MAHSA pun da tamat pengajian tau, tunggu nak k0nv0 ja bulan november nie. Aku pulak, da setahun kot tinggalkan zaman universiti tapi tak konvo2 lagi. UUM tercinta just adakan majlis konvokesyen setahun sekali ja! maknanya aku konvo bulan oktober, sebulan sebelum adik aku konvo. Tahun nie, macam banyak ja nak buat tau. Banyak benda penting da plan nie ! sabar jala...
Dah 3 tahun genap , aku berpuasa d universiti. Kali nie, dapat berpuasa di rumah. Best sangat tau ! Aku takda ponteng puasa lagi tau, alhamdullilah. Kalau leh aku memang nak bg full ja, tp apakan daya aku sorang pempuan yang lemah. hehehe . Sebenarnya,aku rindu juga suasana berpuasa di u. Rindu ngan keserhanaan bersahur ngan roomate. Apa pun takda kan, apa lagi lantak maggi la jawabnya. 2 pun nasib balik la lau ada lauk2 bertin tuk dijadikan penambahan perasa. Biasanya, rebus telor la. hahaha. Kalau stok maggi da habis, melantak roti plak. Kalau datang semangat kerajinan yang amat, moh lah kite ke cafe. 2 la pengalaman puasa aku kat u. Pengalaman-pengalaman itu la yang akan mematangkan kita....
Berpuasa di mana pun ngan sapa pun.. yang penting kita dapat menunaikan amal ibadah kita nie dengan sebaiknya. Rasanya belum terlambat lagi tuk aku mengucapkan selamat berpuasa tuk semua terutamanya tuk family aku & kengkawan aku. Semoga amalan kita mendapat ganjaran & diterima ALLAH S.W.T dengan sebaiknya. Amin.... kbai


Monday, 17 June 2013

Positif

Assalamualaikum..... 1st entry tuk blog nie. Lebih afdal jika kite mulakan ngan ucapan bismillahirahmannirrahim. Tujuan blog ini terwujud adalah untuk mencari hobi baru. gitew.... Maklumlah, sejak akhir2 ni mood aku tak berapa baik. Jd mari kite mencari kegembiraan lain pulak! hehehe..

Entry pertama aku nie, aku rasa agak ilmiah cikit . Why? coz motif nya adalah untuk becerita sal sikap manusia. Hidup manusia di bumi ini adalah sementara. So, kite tak perlu lah nak bermegah sangat ngan kehidupan kite yang kite rasa kan sangat lah hebat daripada orang lain kan. Sesenang2 kita masih ramai lg makluk Tuhan yang kaya - raya. gitew.. Tapi, pada yang susah pula janganlah terlalu merendah diri kerana setiap daripada kite mempunyai kelebihan tersendiri yang mungkin kite tak tonjolkan kerana terlalu terselindung disebalik rasa rendah diri tue.

So, sementara kite masih lagi bernafas nie. Mari lah kite sama2 bersikap positif terhadap individu lain. Tidak perlu kite menghabiskan hayat yang singkat ini dengan membenci, meninggi diri atau merasa megah terhadap pinjaman tuhan ngan kite. Kite tak perlu melakukan benda yang besar, hanya dengan riak wajah yang mesra dengan senyuman sudah mampu membuatkan orang disekeliling kite merasa bahagia. Jom positifkan diri.. :)